Assalamualaikum W.B.T dan Selamat Datang ke laman sesawang LANGKAWIfm.


Saya amat berbesar hati dan bersukacita mengalu-alukan anda semua ke laman sesawang kami. Laman ini merupakan sebahagian kecil usaha untuk menonjolkan bakat, hiburan dan informasi berkaitan stesen LANGKAWIfm. Saya berharap dengan melayari laman ini anda dapat mengenali wajah penyampai-penyampai kami di samping memperolehi maklumat-maklumat terkini berkenaan dengan LANGKAWIfm.


Sejak penubuhan LANGKAWIfm, pada 1 November 1993, pendengar telah dihidangkan dengan pelbagai segmen. Namun begitu, ia tidak bererti usaha kami sebagai badan penyiar terhenti di situ. Dengan adanya laman sesawang ini kami berharap dapat memberikan siaran yang lebih meluas kepada pendengar terutamanya yang berada di luar kawasan, sekaligus mempromosikan Langkawi sebagai sebuah destinasi perlancongan. Menerusi perkhidmatan “audio/video streaming” di laman sesawang ini, pendengar bukan sahaja dapat mendengar bahkan dapat melihat sendiri gelagat-gelagat penyampai LANGKAWIfm ketika bersiaran.


Bagi tahun-tahun akan datang, kami pasti akan berdepan dengan pelbagai cabaran di dalam bidang penyiaran. Justeru, kami sentiasa berusaha untuk bergerak seiring dengan perkembangan teknologi serta berusaha untuk menyajikan rancangan yang bersesuaian dengan kehendak semasa. Pihak kami berharap dengan sokongan padu daripada pendengar umumnya, mampu merealisasikan impian kami untuk menjadi sebuah badan penyiar nombor satu, sejajar dengan visi dan misi Jabatan Penyiaran Malaysia.

Akhir kata, semoga laman sesawang ini mampu memberikan sebanyak mungkin informasi kepada anda semua.

Sekian, terima kasih.

ZAINAL ABIDIN ASRI BIN ABD WAHID
Pengarah Penyiaran Langkawi
 

SEJARAH LANGKAWIFM



Cadangan penubuhan Radio Pelancongan Langkawi oleh Jemaah Menteri pada 25 Ogos 1993.

Siaran pertama dari Radio 3 Langkawi adalah pada 1 November 1993 yang bertapak di Pejabat Penerangan Daerah, di lancar oleh wakil Pegawai Daerah Langkawi.

Pada 12 Disember 1994, stesen Radio 3 Langkawi berpindah ke Tingkat 2, Bangunan Tabung Haji. Radio 3 Langkawi dikenali sebagai Radio Pelancongan Langkawi dalam satu upacara pelancaran imej baru di Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri yang diadakan pada 27 Mei 1996.

Radio Pelancongan Langkawi telah menerima pelbagai anugerah dan akhirnya radio ini sekali lagi bertukar nama ke Radio Malaysia Langkawi pada pertengahan tahun 2002 bersama- sama dengan stesen-stesen RTM yang lain.


Pada tahun 2005 sekali lagi penjenamaan semula radio RTM dilakukan dan RML dikenali sebagai LangkawiFM.

OBJEKTIF ORGANISASI JABATAN PENYIARAN MALAYSIA.

  • Menerangkan secara mendalam dan dengan liputan seluas-luasnya dasar-dasar dan rancangan-rancangan kerajaan bagi membolehkan rakyat memahami dengan tepat dan sepenuhnya dasar dan rancangan tersebut.
  • Menggalakkan perhatian rakyat dan cara mereka berfikir untuk melahirkan perubahan-perubahan sikap yang sejajar dengan kehendak dan dasar kerajaan.
  • Membantu mewujudkan perpaduaan kebangsaan melalui bahasa Malaysia di kalangan masyarakat berbilang kaum.
  • Membantu melahirkan kesedaran sivik dan menggalakkan perkembangan seni dan kebudayaan Malaysia.
  • Mengadakan bahan-bahan yang sesuai untuk ilmu pengetahuan am, penerangan dan hiburan.

JABATAN PENYIARAN MALAYSIA


VISI
Untuk menjadi sebuah badan penyiaran Negara yang utama dan dinamik yang bertaraf dunia.

MISI
Menyiarkan maklumat dan program hiburan radio dan televisyen yang berdaya saing dan menggunakan teknologi terkini disamping menepati citarasa audiens kearah mencapai wawasan Negara.


SEJARAH PENYIARAN

1946 Jabatan Siaran Radio ditubuhkan di Singapura
1954 Stesen radio bermula di Sabah dan Sarawak.
1956 Mula beroperasi di Bangunan Persekutuan (Federal House) Kuala Lumpur.
1963 Dikenali sebagai Radio Malaysia.
1963 Siaran radio bermula di Kelantan.
1963 Perkhidmatan TV memulakan siaran dari Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
1965 Memulakan siaran radio di Melaka dan Pulau Pinang.
1966 Stesen radio Johor memulakan siaran.
1967 Stesen radio Perak memulakan siaran.
1969 Stesen radio di Limbang, Sarawak memulakan siaran.
1969 Perkhidmatan siaran radio dan TV beroperasi dari Angkasapuri.
1969 Radio dan tv digabungkan sebagai Jabatan Penyiaran Malaysia dan mula dikenali sebagai RTM.
1969 Rangkaian TV 2 bermula.
1971 Rangkaian Nasional Radio Malaysia memulakan siaran 24 jam
1973 Radio ibu Kota memulakan siaran
1974 Stesen radio Pahang memulakan siaran
1975 Memulakan perkhidmatan siaran Radio FM Stereo.
1978 Siaran TV warna bermula.
1980 Stesen radio di Kedah dan Sri Aman, Sarawak memulakan siaran.
1986 Stesen radio Labuan memulakan siaran.
1987 Pelancaran slogan ‘RTM Teman Setia Anda’.
1990 Stesen radio Selangor dan Negeri Sembilan memulakan siaran
1990 RTM 1 dikenali sebagai TV 1 Saluran Perdana dan RTM 2 sebagai TV 2 Saluran Emas.
1991 Stesen radio di Perlis memulakan siaran
1991 RTM menjadi hos Perhimpunan Agung ABU ke-28 di Kuala Lumpur
1996 RTM menjadi hos Persidangan PBI di Kuala Lumpur.
1996 RTM menjadi hos Persidangan Agung CBA ke-21 di Kuala Lumpur.
1998 RTM menjadi Hos Penyiaran Sukan Komanwel ke-16 di Kuala Lumpur.
2004 Pelancaran penjenamaansemula RTM dan penampilan logo baru RTM.
2004 Pelancaran TV 1 sebagai Saluran Infoainmen Anda.
2004 Pelancaran TV 2 sebagai Saluran Famili Anda.
2005 Pelancaran Penjenaman semula 32 rangkaian radio RTM

PIAGAM PELANGGAN RADIO
Menyiarkan rancangan yang berkualiti dan kreatif melalui 1 stesen radio
dalam negeri dan siaran sebanyak 18 jam siaran sehari.
· Memberi maklumat yang tepat, cepat dan mutahir di samping mendidik dan menghibur.
· Menghormati dan melayani pendengar dengan sopan dan tertib.
· Memberi perkhidmatan yang efisien dalam urusan pentadbiran dan kewangan.
· Menjalinkan kerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta demi kepentingan bersama, dan
· Meningkatkan hasil kerajaan.


KOD ETIKA RADIO
Penyiar Radio bertanggungjawab memberi perkhidmatan penyiaran radio yang terbaik dan berkualitiuntuk kesejahteraan rakyat selari dengan wawasan negara dalam usaha memenuhi tanggungjawab ini, penyiar
· Menyiarkan maklumat berfaedah yang tepat dengan cepat.
· Menghindarkan unsur perkauman dalam rancangan.
· Menghindarkan siaran atau tingkah laku yang boleh menimbulkan fitnah dan hasutan.
· Berbudi bahasa dan berbudi pekerti ketika menjalankan tugas.
· Membuat pembetulan dan memohon maaf bagi setiap kesilapan.
· Tiada kepentingan peribadi dalam setiap keputusan dan tindakan yang dibuat.
· Sentiasa menjaga ketrampilan diri sebagai pegawai kerajaan.


STRATEGI JABATAN PENYIARAN MALAYSIA
Menyediakan rancangan yang mempunyai unsur-unsur penerangan pendidikan, dan hiburan.
Menerbit dan menyediakan rancangan-rancangan yang berbentuk “hot clock”, forum, rencana/majalah, kapsul, Hiburan, Drama, Sukan, Hal Ehwal Awam dan Pertanian dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa India, bahasa Cina, bahasa Orang Asli, bahasa Arab, bahasa Myanmar, bahasa Indonesia dan bahasa Thailand.
Memperbanyakkan penerbitan rancangan secara usahasama antara stesen dalam negeri dan stesen-stesen luar negara.
Mendapatkan maklumbalas melalui catatan konti, peti cadangan, pengesahan siaran, media cetak, pendengar (telefon, surat-menyurat, dan temubual) dan seterusnya bertindak memperbaiki mutu rancangan.
Menghantar pegawai berkursus dan berlatih untuk meningkatkan professionalisme.
Mengkaji dan merombak rancangan setahun sekali.
Membuat liputan terhadap rancangan-rancangan yang telah di rancangkan dan “ad-hoc”.
Liputan siaran langsung dalam dan luar negara.

VISI
Menjadikan Radio RTM stesen yang berwibawa dan paling diminati
MISI
Menyebarkan maklumat berkonsepkan “infotainment” dengan penuh tanggungjawab, berpandukan cita rasa pendengar ke arah membina dan mencapai Wawasan Negara.

 

 
Bahasa Malaysia | English
"setiap sms dikenakan caj tambahan sebanyak RM0.30 (eBuzz)"
Pulau Langkawi
06-09-2010
   Imsak 05:46 am
   Subuh 05:56 am
   Syuruk 07:12 am
   Zohor 01:21 pm
   Asar 04:23 pm
   Maghrib 07:26 pm
   Isyak 08:36 pm
www.e-solat.gov.my
Isnin, 06/09/2010
 
Hujan
Petang
Pulau Langkawi

Pagi : Tiada hujan
Petang : Hujan
Malam : Tiada hujan
Suhu Min. : 24 °C
Suhu Max. : 33 °C

sumber : JMM
17 July 2010
1  -  Kebahagiaan Dalam Perpisahan * Shahir
2  -  Ku Ada Kamu * Adira
3  -  Apa Ku Kisah * One Nation Emcees
4  -  Adrenalin * Faizal Tahir
5  -  Oh Juwita * Nubhan
6  -  Hujung Minggu * Farina
7  -  Kenapa * Daus
8  -  Kisah Kita * Stacy
9  -  Cinta Kosmik * The Fab Cats
10  -  Drama King * Meet Uncle Hussein ft. Black
© 2008 -2010 , LANGKAWIfm.
Rekabentuk laman & streaming dibangunkan oleh Multimedia University.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024x768.
Laman Admin